top of page
  • nabalunews

Lelaki dikhuatiri lemas, bot ditemui tanpa pengemudi di Bangkalalak, Beaufort

22 Ogos 2024


BEAUFORT: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila botnya ditemui tanpa pengemudi di sungai Kampung Bangkalalak, di sini, semalam.


Mangsa dikenali sebagai Boy Abdullah, 20, dikatakan menyeberangi sungai menggunakan bot untuk menghantar barang.


Namun pada jam 4 petang, bot mangsa ditemui tanpa pengemudi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.24 malam.


Katanya, sepasukan 4 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).


“Operasi SAR dijalankan menyelusuri tebing sungai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.


“Mangsa belum ditemui dan operasi SAR disambung semula mulai 9.30 pagi ini dengan kaedah 'water surface dan teknik 'wave' sejauh 7 kilometer dari sungai menghala ke laut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi SAR turut dibantu polis dan kira-kira 50 penduduk kampung.


Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Comments


bottom of page