Lelaki dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di perairan Pulau Balambangan
top of page
nabalunews

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di perairan Pulau Balambangan

10 Oktober 2024


KUDAT: Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Balambangan, di sini.


Mangsa warga berusia 23 tahun disedari hilang pada 8 Oktober lalu sebelum laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, pada jam 8.05 pagi.


“Berdasarkan kenyataan awal pengadu, mangsa disedari hilang pada 8 Oktober lalu ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan berkenaan.


“Pasukan bomba kemudian bergerak ke IPD Kudat untuk mendapatkan maklumat.


“Seterusnya ke lokasi mangsa dikhuatiri lemas menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan radius pencarian 8 batu nautika persegi," katanya dalam kenyataan hari inim


Menurutnya, mangsa belum ditemui dan pencarian di laut ditangguhkan jam 3.40 petang tadi dan akan disambung semula esok.


“Maklumat berkenaan kejadian ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page