top of page

Lelaki dilapor hilang disyaki terjun jambatan Binai di Tenom

nabalunews

5 Mac 2025


TENOM: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Selasa lalu disyaki terjun di jambatan Binai Jalan Tenom - Entabuan.


Ia berdasarkan kepada kereta dan selipar mangsa yang ditemui ditinggalkan di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Tenom, Supritendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999 yang menyatakan ada orang cuba bunuh diri di jalan berkenaan.

Katanya, pegawai penyiasat segera ke lokasi l dan berjumpa dengan saksi kejadian yang menyatakan melihat kelibat seorang lelaki naik ke penghadang jambatan dan terjun ke Sungai Padas.


“Saksi mendakwa melihat insiden itu ketika melalui jalan berkenaan kira-kira jam 3.45 petang.


“Pada jam 4.50 petang hari sama, anak mangsa membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan bapanya selepas menemui kereta Proton Iswara milik bapanya berada berhampiran jambatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Azmir berkata, anak mangsa turut mengecam sepasang selipar getah berwarna coklat milik bapanya di lokasi.


Katanya, anak mangsa memberitahu, bapanya sering mengugut untuk bunuh diri setiap kali berlaku salah faham keluarga.


“Setakat ini, pencarian di sekitar kawasan jambatan masih gagal menemui mangsa dan operasi terpaksa dihentikan pada jam 5.30 petang berikutamn keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,” katanya

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page