top of page

Lelaki ditahan terlibat kes penipuan di Serdang, Selangor

nabalunews



30 Januari 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


TAWAU: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan berkaitan skim pelaburan di Serdang, Selangor, berjaya ditahan dalam operasi khas di sebuah kawasan Taman perumahan di Batu 3, Jalan Apas.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan sekitar jam 11 malam oleh sepasukan polis ‘Strike Team’ hasil risikan dan maklumat awam.


Katanya, suspek dipercayai terlibat dalam kes yang dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada tahun lalu, sebelum dikesan berada di daerah ini.


“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan, dan denda, jika disabitkan kesalahan.


"Siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan jenayah yang mungkin ada kaitan dengan suspek,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sehubungan itu, Jasmin menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau urusan yang mencurigakan.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau jenayah lain boleh menyalurkan maklumat kepada IPD Tawau.


“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi di talian 089-772121 atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page