top of page
  • nabalunews

Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya di Kunak ditemukan meninggal dunia


1 Oktober 2024


KUNAK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang setelah disambar buaya semasa memukat di sungai dalam kawasan Ladang KLK Jatika ditemukan meninggal dunia pagi ini.


Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat mangsa, Ridwan Nawir, 50, ditemukan kira-kira pukul 9.41 pagi oleh orang awam bersama pasukan mencari dan menyelamat.


Mangsa ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Semalam, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.18 pagi mengenai insiden serangan buaya tersebut.


Operasi mencari dan menyelamat melibatkan empat anggota bomba serta penduduk kampung.

Comments


bottom of page