top of page

Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing di Sungai Batang Baru, Sandakan

nabalunews

27 Februari 2025


SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 50 tahun dilaporkan hilang selepas disambar buaya di Batu 10, Kampung Sungai Batang Baru, petang tadi.


Menurut saksi, mangsa pada ketika itu sedang menabur baja ke dalam sungai sebelum memulakan aktiviti menangkap ikan menggunakan rambat.


“Beliau kemudian disambar buaya dan hilang,” lapor Bomba Sabah dalam satu kenyataan.


Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.40 petang.


Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan segera menggerakkan tujuh anggota diketuai Komander Operasi PBK II Chauslim Sunsubin ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian sedang giat dijalankan. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page