top of page
nabalunews

Lelaki hilang ketika daki Bukit Bendera di Beaufort




23 November 2024


BEAUFORT: Aktiviti riadah mendaki Bukit Bendera, di sini, pagi tadi bertukar menjadi detik mencemaskan apabila seorang lelaki hilang dikhuatiri tersesat.


Mangsa Irwan Sumatra, 39, dikatakan melakukan aktiviti ‘hiking’ bersama seorang rakannya kira-kira jam 8 pagi untuk ke puncak Bukit Bendera.


Bagaimanapun ketika menuruni bukit, rakannya mendapati mangsa tidak bersamanya lalu mencari di setiap laluan hiking namun tidak menemuinya.


Rakan mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Menurut laporan Info X, difahamkan, setengah jam sebelum kejadian itu, pasukan bomba diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba, Mohammad Hasbullah Nenggok baru selesai membuat khidmat masyarakat dengan memasang papan tanda di kawasan laluan ke Bukit Bendera.


Mohammad Hasbullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.34 tengah hari.


Katanya, sepasukan 4 pegawai dan anggota bersama PDRM bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari balai bomba.


“Setiba di lokasi, operasi pencarian dilakukan di kawasan laluan hiking Bukit Bendera.


“Setakat ini, mangsa belum ditemui operasi pencarian masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi pencarian turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).


Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Comments


bottom of page