top of page

Lelaki hilang ketika keluar mencari siput

nabalunews

6 Februari 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mencari siput di kawasan pantai, Kampung Kebagu, di sini, malam tadi.


Mangsa berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Marwah Jamiri, dikatakan keluar ke kawasan pantai berkenaan bersama bapa mertuanya kira-kira jam 8 malam.

Bagaimanapun, ketika hendak pulang kira-kira jam 9.30 malam, mangsa disedari hilang dan usaha mencari yang dijalankan ahli keluarga juga gagal.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Pasukan operasi berada di lokasi untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.


“Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page