top of page

Lelaki hilang ketika memancing ditemui tidak sedarkan di puncak bukit

nabalunews

14 Februari 2025


RANAU: Seorang lelaki berusia 30 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Sungai Gayo Nagas Ponulagon, Kampung Paus, akhirnya ditemui di puncak bukit, kira-kira 15 kilometer dari lokasi asal dia dilaporkan hilang.


Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, mangsa keluar memancing pada 3 Februari lalu dan sepatutnya pulang pada 9 Februari.


“Bagaimanapun, selepas gagal dihubungi, keluarganya melakukan pencarian dan hanya menemui motosikal mangsa di lokasi memancing.


“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang melibatkan BBP Ranau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), serta orang awam akhirnya menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 5 petang,” kata Bomba Sabah dalam satu kenyataan.


Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page