top of page

Lelaki maut selepas rempuh tiang elektrik

  • nabalunews
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Pasukan BBP Tawau berusaha mengeluarkan mangsa tersepit pada kenderaan akibat kemalangan di Kg Jawa, Jalan Dr. Yamamoto awal pagi tadi.
Pasukan BBP Tawau berusaha mengeluarkan mangsa tersepit pada kenderaan akibat kemalangan di Kg Jawa, Jalan Dr. Yamamoto awal pagi tadi.

27 April 2025


TAWAU: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar tiang elektrik dan terbalik di Kampung Jawa, Jalan Dr. Yamamoto, awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa berusia 32 itu turut tersepit pada kenderaan jenis Proton Satria dalam kemalangan tersebut.


Katanya, pasukannya berjaya mengeluarkan mangsa melalui cermin belakang kereta yang pecah, namun, disahkan sudah meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Terdahulu, katanya, sepasukan 10 anggota diketuai PBK I Roslie Suyut bersama dua jentera dikerah ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 pagi menerusi MERS999.


"Pasukan tiba di lokasi lima minit kemudian dan segera melakukan operasi penyelamatan mengeluarkan mangsa tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,"katanya.


Menurutnya, pihaknya kemudiannya menamatkan operasi pada jam 5.54 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.


Operasi itu, katanya, turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

댓글


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page