top of page
nabalunews

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam


3 Januari 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan aktiviti menangkap ketam di kawasan paya bakau di Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, semalam.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada jam 10.45 malam.


Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas yang terdiri daripada 10 anggota tiba di lokasi tujuh minit kemudian.


Komander Operasi, PBK II Mohammad Faizal Alias, melaporkan bahawa mangsa terkena renjatan akibat pendawaian haram di kawasan tersebut.


“Bekalan elektrik diputuskan oleh Sabah Electricity sebelum pasukan bomba dapat mengalihkan mangsa ke tempat selamat.


“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” menurut kenyataan JBPM.


Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan pada jam 12.50 tengah malam.

Kommentare


bottom of page