top of page

Lelaki mengamuk tanpa sebab ditahan di Tawau

nabalunews



6 Februari 2025


TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dikatakan mengamuk tanpa sebab dengan memecahkan peralatan rumah dalam kejadian di perkampungan Batu 3, Jalan Apas, semalam.


Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, suspek yang berusia 23 tahun turut bertindak agresif dan mengancam keselamatan ahli keluarganya.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada abang ipar suspek.


Katanya, pemanggil turut melapor terpaksa bergelut dengan adik iparnya dalam usaha untuk menenangkan suspek.


"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) terus dikerahkan ke lokasi kejadian.


"Setibanya di tempat kejadian, polis berjaya menahan suspek tanpa sebarang insiden tidak diingini dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, polis sedang menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh bahan terlarang.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan menyebabkan kerosakan harta benda.


Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen sah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page