top of page

Lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Penampang

nabalunews

2 Mac 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan oleh Team Task Force, Balai Polis Penampang selepas disyaki memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.58 gram di sini, semalam.


Saspek telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Pihak polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau dadah ke Balai Polis Penampang atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu usaha membanteras jenayah di kawasan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page