Lelaki warga asing ditahan, disyaki edar Syabu di Penampang
nabalunews

26 Mac 2025
PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan selepas polis menemui dadah jenis syabu seberat 5.63 gram dalam simpanannya, dalam satu operasi di daerah ini semalam.
Menurut Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sebelum diberkas dalam serbuan pada malam Selasa.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) dengan anggaran berat 5.63 gram dan nilai pasaran sekitar RM500.00,” menurut kenyataan Polis Daerah Penampang.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan sebatan tidak kurang dari tiga kali jika sabit kesalahan.
Polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau dadah untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran bagi membantu usaha membanteras kegiatan haram ini.
Comentarios