top of page
nabalunews

Lelaki warga asing ditahan disyaki terlibat edar dadah




3 Januari 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berumur 37 tahun telah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah Putatan.


Menurut kenyataan Facebook Polis Dearah Penampang tangkapan tersebut dibuat pada jam lebih kurang 5.30 petang, pada Khamis.


"Hasil pemeriksaan ke atas saspek, polis telah menjumpai satu paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 5.77 gram yang dianggarkan bernilai RM800.00 dalam simpanan saspek.


"Hasil saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine," kata kenyataan tersebut.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan penjara tidak kurang dua tahun serta sebat tidak kurang dari tiga kali dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.


Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau dadah agar boleh berhubung lanjut di Balai Polis yang berhampiran.

Comments


bottom of page