Lelaki warga tempatan ditahan miliki syabu
8 Januari 2025
PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di kawasan ini.
Menerusi perkongsian Facebook IPD Penampang, tangkapan tersebut dilakukan pada 7 Januari sekitar jam 3.00 petang.
“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, pihak polis menemui dua paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 7.50 gram, dengan anggaran nilai RM1,000.
“Hasil saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” menurut kenyataan itu.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun serta sebat tidak kurang daripada tiga kali jika sabit kesalahan.
Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun jika bersalah.
Pihak polis menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau dadah kepada Balai Polis berhampiran, bagi membantu usaha membanteras kegiatan jenayah di daerah ini.
Opmerkingen