Letupan tong gas. Kanak-kanak melecur

2 Mac 2025
TUARAN: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera selepas terkena letupan tong gas LPG dalam kejadian di Kampung Berungis, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan melecur dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.22 petang.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan melecur akibat terkena letupan tong gas LPG.
“Mangsa bagaimanapun telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.40 petang.
Commentaires