LHDN CAWANGAN KENINGAU KEMBALI OPERASI ESOK
31 Jan 2021
KOTA KINABALU: Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Keningau akan kembali beroperasi mulai esok (1 Feb) dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut kenyataan LHDN hari ini, antara operasi yang dibuka ialah perkhidmatan percukaian kaunter setempat, kaunter bantuan prihatin rakyat dan kaunter duti setem dari 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala penerimaan bayaran di kaunter duti setem hanya setakat 12 tengah hari.
Pelanggan yang hadir di pejabat LHDN dinasihatkan agar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.
Orang ramai boleh melayari portal LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau Hasil Live Chat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan serta maklum balas. -Bernama
Comments