top of page
nabalunews

Liga Super: Sabah tumpaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 4-1 di Likas



3 November 2024


KOTA KINABALU: Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah berpesta gol menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 4-1 di Stadium Likas, di sini.


Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi menburu kemenangan bagi minggu ke-15 saingan Liga Super 2024.


Selepas 15 minit aksi, penyerang import Sabah, Joao Pedro membuka jaringan pertama skuad The Rhinos menerusi tandukan selepas mendapat hantaran Stuart Wilkin yang menewaskan penjaga gol Kelantan.


Namun pada minit ke-27 permainan, penyokong tuan rumah tergamam apabila pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Fazrul Amir Zaman untuk menjadikan kedudukan Sabah 1-1 Kelantan.


2 minit selepas itu, pemain berpengalaman Sabah, Farhan Roslan kembali meletakkan pasukan tuan rumah di depan untuk Sabah kembali mendahului 2-1.


Dan 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Joao Pedro menjarakkan lagi jurang jaringan kepada 3-1 apabila berjaya menghadiahkan gol ketiga Sabah.


Pada minit ke-60 permainan, giliran pemain pertahanan Sabah, Gabriel Peres mencatat nama sebagai penjaring untuk menjadikan kedudukan 4-1.


Keputusan muktamad di Stadium Likas, Sabah 4-1 Kelantan Darul Naim.


Ini adalah kekalahan ke 11 KDN FC manakala Sabah yang berada di tangga ketiga Liga Super dengan 26 mata hanya dipisahkan tiga mata berbanding Selangor di tempat kedua.

Comments


bottom of page