top of page

Liga Super: The Cops benam Sabah FC di Selayang

nabalunews

23 September 2024


PETALING JAYA: Hasrat Sabah FC untuk memungut 3 mata penuh dalam perlawanan bolasepak Liga Super menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) di Stadium Selayang, malam semalam tidak kesampaian apabila tewas 0-1 di tangan pasukan tuan rumah.


PDRM FC sebaliknya mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Sabah FC menerusi gol tunggal pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun.


Dengan kemenangan ini, skuad The Cops yang sememangnya cukup kebal di gelanggang keramat mereka apabila turut mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, kembali memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.


Gol tunggal skuad tuan rumah kendalian P Maniam itu dihasilkan di penghujung separuh masa kedua hasil jaringan Ifedayo di minit ke-80.


Pasukan pelawat, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee memiliki beberapa peluang terbaik tetapi gagal disudahkan oleh jentera serangan.


Dengan keputusan ini, Sabah terlepas peluang menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dengan kekalahan keempat selepas mengharungi 10 perlawanan dengan mengumpul 14 mata.


Perlawanan seterusnya Sabah FC selepas ini menentang Perak FC di Stadium Perak pada 19 Oktober.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page