Logo Jabatan Perhutanan Sabah dan nama Ketua Konservator Hutan di salah guna pihak tidak bertanggungjawab
top of page

Logo Jabatan Perhutanan Sabah dan nama Ketua Konservator Hutan di salah guna pihak tidak bertanggungjawab

nabalunews


Dokumen palsu yang tular di media sosial.

24 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Sabah mengesan satu tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan logo serta memalsukan surat yang mengaitkan agensi berkenaan.


Menerusi tangkap layar yang dikesan tular di media sosial, surat yang menggunakan nama Jabatan Perhutanan Sabah itu dikeluarkan berkaitan dokumen tawaran sebut harga bekalan atau perkhidmatan kepada Pejabat Perhutanan Daerah. 


Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan menerusi satu kenyataan disini berkata, beliau sendiri dan jabatan tidak pernah mengeluarkan surat kepada mana-mana syarikat bagi tujuan menawarkan bekalan peralatan atau perkhidmatan menggunakan kepala surat mana-mana kementerian.


Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk dan membuat semakan terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Sabah sekiranya menerima surat seperti yang tular di media sosial.


Pemantauan di media sosial mendapati, dokumen palsu yang tular itu jelas menggunakan logo jabatan, nama serta tandatangan ketua konservator.


Difahamkan, setakat ini jabatan berkenaan belum mendapat sebarang maklumat selain tidak mengenali pihak tidak bertanggungjawab.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page