Lori empat tan terbabas, seorang lelaki cedera di jalan Tamparuli-Ranau
1 Januari 2024
TUARAN: Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera selepas lori empat tan yang dipandunya terbabas dan terbalik di tepi jalan berdekatan Peranggi Cafe View, Jalan Tamparuli-Ranau.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, kejadian itu dilaporkan pada jam 10.35 malam. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, yang diketuai oleh PBK II Mahmud Jumah, tiba di lokasi pada jam 11.40 malam.
Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan dibawa ke Hospital Ranau menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Operasi yang melibatkan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera FRT dan EMRS itu berakhir pada jam 11.57 malam setelah pasukan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
Comments