Lori treler bawa tong gas terbakar di Ranau
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_0d34086944074b4abc024887a2bce63d~mv2.jpg/v1/fill/w_963,h_499,al_c,q_85,enc_auto/d65831_0d34086944074b4abc024887a2bce63d~mv2.jpg)
11 Februari 2025
RANAU: Sebuah lori treler yang membawa muatan tong gas LPG mengalami kebakaran kecil di bahagian tayar belakang di Simpang Tamu Mingguan Sungai Liwagu, pagi tadi.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9:23 pagi dan tiba di lokasi dalam tempoh satu minit.
Operasi pemadaman diketuai oleh PBKII Mastin Suli dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera FRT.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9:31 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9:40 pagi selepas pemeriksaan memastikan tiada bahaya lain wujud.
Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.
Commentaires