top of page

Madius cadang pendaftaran parti politik dilakukan melalui SPR

Writer's picture: Ilona AndrewIlona Andrew

Madius (dua kiri) bercakap semasa sidang media. Turut hadir Presiden Kehormat UPKO, Tan Sri Bernard Dompok (dua kanan); Ketua Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang (kanan); dan Setiausaha Agung UPKO, Nelson W. Angang.

27 Nov 2021

Oleh Ilona Andrew


PENAMPANG: Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata pendaftaran parti bolitik sepatutnya dilakukan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan bukannya di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.


Beliau berkata ini kerana jika permohonan pendaftaran sesebuah parti politik ditolak, parti boleh membuat rayuan melalui badan perlembagaan dan bukan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Beliau juga memetik Parti Demokratik Malaysia Bersatu (MUDA) pimpinan Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai contoh di mana permohonan pendaftaran parti itu ditolak berkali-kali oleh KDN.


“Saya mencadangkan agar pertubuhan-pertubuhan politik ini biarlah didaftarkan oleh SPR.


“Sekurang-kurangnya jika pendaftarannya ditolak, parti itu boleh merayu kepada SPR kerana ia merupakan lembaga, bukan menteri. Bagi saya, jika Menteri, ada elemen salah guna kuasa,” katanya semasa sidang media, hari ini.


Ahli Parlimen Tuaran itu berkata demikian ketika diminta memberi ulasan mengenai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bercadang untuk mendaftar sebagai parti politik rasmi.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page