top of page

Madius persoal KKDW, apa rancangan bina jalan hubungkan Kg. Pahu – Kg. Wasai Kiulu

nabalunews

25 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini turut menyaksikan persoalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) yang meminta penjelasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terhadap pembinaan jalan yang menghubungkan Kampung Pahu dan Kampung Wasai Kiulu.


Menurutnya, apakah langkah-langkah dan perancangan kementerian bagi membantu murid-murid dan penduduk yang menggunakan jalan tersebut sebagai jalan utama setiap hari.


“Jalan ini sering terputus akibat hujan lebat dan tanah runtuh mengakibatkan sekolah ditutup dan bekalan elektrik terputus,” katanya dalam sesi Soalan Lisan.


Mengulas pertanyaan itu dalam satu jawapan bertulis, KKDW memaklumkan bahawa perancangan membina dan menaik taraf jalan luar bandar di semua negeri termasuk di Sabah merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.


“Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan mengemukakan senarai permohonan projek-projek jalan luar bandar mengikut keutamaan kepada kementerian ini.


“KKDW seterusnya akan mengangkat permohonan tersebut kepada Kementerian Ekonomi pada setiap Rolling Plan (RP) untuk kelulusan.


“Berkenaan dengan jalan di Kampung Pahu, KKDW telah mengemukakan permohonan projek Menaik taraf Jalan Sinulihan Pahu Giuk Nadau - Nabalu, Tuaran di bawah RP5, Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025, tetapi tidak mendapat kelulusan.


“Kementerian ini akan mengemukakan semula permohonan ini di bawah RP1, RMKe-13 pada tahun 2026,” ujar kementerian itu lagi.


Manakala bagi jalan di Kampung Wasai, KKDW memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima cadangan projek itu untuk dimohon di bawah RP daripada Kerajaan Negeri Sabah

.

“Tetapi Kementerian mendapat makluman bahawa jalan ini iaitu di bawah projek Naik Taraf Jalan Tomis Tiong Lokos Kotunuan Lama Wasai, Tuaran, Sabah (Fasa Il) ada dalam perancangan JKR Sabah untuk dinaiktaraf pada masa akan datang.


“Justeru ini, kementerian ini memohon agar rancangan bina dan naik taraf Jalan Kg Wasai ini dapat dikemukakan kepada UPEN Sabah supaya kedua-dua projek tersebut dapat diletakkan dalam senarai keutamaan Kerajaan Negeri Sabah untuk dimohon dalam RP yang akan datang,” ujar KKDW.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page