Wartawan Nabalu News
Madius sampaikan cek sumbangan Pakej e-Tuisyen untuk calon SPM
19 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau menyampaikan sumbangan sebanyak RM355,014 untuk membiayai kos Pakej e-Tuisyen untuk 1,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Kesemua calon SPM yang menerima tajaan itu adalah daripada 11 buah sekolah menengah kawasan PPD Tuaran termasuk sebuah sekolah swasta, Sekolah Menengah Advent Sabah (SASS) Tamparuli.
Madius yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Wisdom berkata, pakej itu adalah Program Pecutan Akhir persediaan menghadapi peperikasaan SPM Sessi 2021/2022 yang akan bermula 8 Febuari (Selasa) sehingga 29 Mac depan.
"Pusat Khidmat Parlimen Tuaran menaja program ini atas usaha Yayasan Wisdom yang bekerjasama dengan Syarikat MindAppz Sdn Bhd untuk mempromosikan Program e-Tuisyen di seluruh Sabah,” katanya dalam ciapan Facebook beliau, hari ini.
Pakej e-Tuisyen merupakan sebuah aplikasi pendidikan atas talian untuk membolehkan calon-calon SPM mengikuti pembelajaran atas talian secara percuma.
“Beberapa siri Webinar sedang dilaksankan untuk memantau pelaksanaan program ini agar menepati sasaran.
“Semoga program ini dapat membantu PPD Tuaran, mencapai kecemerlangan akedamik seperti yang cita-citakan,” kata Madius.
Sebelum ini, Yaysan Wisdom memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bersama PPD Tuaran yang memfokuskan kepada kerjasama dua pihak dalam pembangunan akademik.
Dalam kerjasama tersebut Yayasan Wisdom menaja Pakej e-Tuisyen kepada para calon SPM 2021 di seluruh Tuaran dengan dibantu oleh MindAppsz.
Comments