top of page
nabalunews

Majikan disaran laksana amalan WFH, sistem penggiliran kekang penularan Covid


7 Februari 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Pihak majikan adalah digalakan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah atau work from home (WFH) atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat bagi mengekang penyebaran wabak jangkitan Covid-19.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dengan keadaan kes yang semakin meningkat, majikan disarankan untuk meneruskan amalan BDR bagi mewujudkan persekitaran yang selamat di tempat kerja.


Ujarnya, orang ramai juga disarankan untuk mengaktifkan MySejahtera Trace di aplikasi Mysejahtera mereka, agar pengesanan kontak rapat boleh dilakukan.


“Sementara itu, pemilik premis juga diminta untuk meningkatkan kawalan kemasukan pelanggan dengan menyemak status risiko dan vaksinasi mereka di aplikasi Mysejahtera.


“Selain itu, majikan juga disarankan untuk membantu pekerja mereka untuk melakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala kerana sesetengah pekerja mungkin sukar untuk mendapatkan kit ujian tersebut,” katanya dalam satu siding media hari ini.


Mengulas lanjut, beliau juga menggalakan majikan untuk membantu menyediakan kit ujian Covid-19 dan pelitup muka yang berkualiti untuk para pekerja mereka.


“Kita telah berjaya menstabilkan keadaan pandemik Covid-19 ini setelah gelombang Delta menyerang dan insya-Allah, kita juga boleh melawan varian Omicron,” katanya.

Comments


bottom of page