top of page

Majlis apresiasi Murid SK. Nahaba 2024-2025 hargai kejayaan murid

nabalunews



15 Januari 2025


KOTA BELUD: Majlis Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nahaba bagi sesi 2024/2025 berlangsung meriah hari ini di Dewan Terbuka SK Nahaba.


Acara ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Caryle Lajimin, yang hadir mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Caryle, dalam ucapan perasmiannya, menyampaikan salam kemaafan daripada Ewon atas ketidakhadiran beliau.


"Semoga murid-murid meneruskan kecemerlangan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Kejayaan cemerlang yang dicapai hari ini akan memberi kesan signifikan kepada masa depan kalian," katanya.


Sementara itu, Guru Besar SK Nahaba, Patrick Kandar, dalam ucapan alu-aluannya, menyampaikan ucapan terima kasih kepada Caryle atas kesudian hadir mewakili Ewon. Beliau menekankan bahawa meskipun majlis ini diadakan secara ringkas, intipati dan pengisian acara adalah sangat bermakna.


"Majlis Apresiasi ini menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Ewon selama ini terhadap pembangunan SK Nahaba amat kami hargai," tambah Patrick.


Manakala, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nahaba, Jakunis Gindua, dalam ucapannya memberi nasihat kepada murid-murid agar memahami bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah.


"Ia memerlukan usaha gigih dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada guru. Dedikasi dan komitmen diri adalah kunci kejayaan," ujar beliau.


Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan pentas oleh murid-murid, menonjolkan bakat dan kreativiti mereka. Selain itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada murid-murid sebagai tanda pengiktirafan atas pencapaian mereka dalam pelbagai bidang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page