Majlis hari apresiasi kanak-kanak disambut meriah
9 Januari 2025
KOTA BELUD: Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Daerah Kota Belud bagi sesi 2024/2025 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Kompleks Sukan Botung.
Program ini disertai oleh 96 buah Tabika/Taska Kemas dari seluruh daerah Kota Belud, melibatkan seramai 793 murid.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat GiatMara Kota Belud Azuan Marjan.
Acara bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pendidikan awal di bawah program Tabika/Taska Kemas.
Dalam ucapannya, Azuan menekankan betapa pentingnya pendidikan awal dalam membentuk asas yang kukuh untuk perkembangan kanak-kanak.
Beliau juga mengajak ibu bapa dan masyarakat untuk terus memberikan sokongan kepada institusi pendidikan awal demi melahirkan generasi yang berkualiti.
Comments