top of page

Majlis Makan Amal Gereja SIB Kampung Gaur untuk Kutipan Dana Pembinaan

nabalunews

26 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Gaur, Kota Belud, akan menganjurkan Majlis Makan Amal bagi mengumpul dana pembinaan gereja baharu.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menerusi kakitangan pejabat perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada wakil penganjur Majlis Makan Amal gereja, Samilin @ Jessica Epin.


Menurut Samilin, majlis makan amal ini akan berlangsung pada 1 Mac 2025, bermula jam 6.00 petang di Dewan Winning Centre, Kampung Gaur, Kota Belud.


Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Ewon atas sumbangan tersebut dan berharap agar lebih ramai pihak akan tampil memberikan sokongan terhadap usaha pembinaan gereja ini.


Selain itu, pihak penganjur juga mengundang Ewon untuk turut hadir ke majlis berkenaan sebagai tanda sokongan kepada komuniti gereja di Kampung Gaur.


Majlis makan amal ini dijangka dihadiri oleh masyarakat setempat, pemimpin komuniti, serta pihak yang ingin menyumbang kepada pembangunan gereja.


Pelbagai aktiviti dijangka akan diadakan sepanjang program tersebut, termasuk ucapan penghargaan, sesi kutipan dana, dan persembahan khas daripada jemaat gereja.


Orang ramai yang ingin menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh menghubungi wakil penganjur melalui saluran rasmi gereja.


Pihak penganjur berharap agar usaha ini dapat mempercepatkan proses pembinaan gereja demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti keagamaan mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page