top of page

Majlis MEKAR raikan kecemerlangan akademik guru di Kota Belud

nabalunews



20 Januari 2025


KOTA BELUD: Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR) bagi sesi 2023-2024 yang berlangsung baru-baru ini bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru-guru di daerah ini.


Acara ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Hajah Norani Fauziah Derin, yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk hj. Raisin Saidin.


“Guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi mereka adalah pemimpin, pembimbing, dan pengasuh yang membentuk minda serta peribadi generasi akan datang,” kata Noraini.


Beliau turut menekankan bahawa tanggungjawab membentuk kecemerlangan pelajar tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata, tetapi melibatkan kerjasama erat antara ibu bapa, masyarakat, dan pihak berwajib. Walau bagaimanapun, guru tetap menjadi teras utama dalam memastikan masa depan bangsa yang gemilang.


Manakala dalam ucapan alu-aluan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Ustaz Dr. Japran Hj. Kusin menekankan pentingnya pengiktirafan ini sebagai pemangkin kepada semangat para guru untuk terus mencapai kecemerlangan.


Japran turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap program-program pendidikan di Kota Belud.


Majlis MEKAR ini menjadi platform untuk menghargai jasa dan dedikasi 178 orang guru, 30 Guru Besar, 9 Pengetua sekolah, dan 15 Penolong Kanan Pentadbiran di seluruh Kota Belud yang menerima sijil penghargaan atas usaha gigih mereka.


Majlis ini turut dihadiri oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kadamaian, Saikom Watis, yang mewakili ADUN Kadamaian.

Kommentare


bottom of page