top of page
nabalunews

Majlis penghargaan pentaksiran 2.0 SJK(C) Chung Hwa 2024-2025 hargai usaha pelajar




13 Januari 2025


KOTA BELUD: Majlis Penghargaan Pencapaian Pentaksiran 2.0 bagi sesi 2024-2025 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C)) Chung Hwa diraikan untuk menghargai usaha pelajar sepanjang tahun persekolahan.


Guru Besar SJK(C) Chung Hwa, Chin Nyok Yen @ Evolyn, berkata program seperti ini bukan sahaja meraikan kejayaan tetapi juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus cemerlang.


Dalam ucapannya, Evolyn berkongsi senarai kategori anugerah yang merangkumi pelbagai bidang pembelajaran.


Bagi Pertandingan Ejaan Bahasa Cina, seramai 85 murid dsripada Tahun 1 hingga Tahun 6 menerima sijil dan pingat kecemerlangan mereka.


Anugerah Penghargaan Pembacaan, seramai 10 pelajar menerima penghormatan tersebut, manakala Anugerah Pelangi diberikan kepada 18 pelajar.


Selain itu, Anugerah Kecemerlangan Bahasa Cina mencatatkan jumlah penerima tertinggi iaitu 97 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.


Untuk Anugerah Kecemerlangan Bahasa Melayu, 64 pelajar menerima pengiktirafan, sementara Anugerah Kecemerlangan Bahasa Inggeris diberikan kepada 84 pelajar.


Dalam subjek teras lain, Anugerah Kecemerlangan Matematik dan Anugerah Kecemerlangan Sains masing-masing diterima oleh 37 dan 42 pelajar. Sementara itu, 3 pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Sejarah.


Kesemua anugerah ini, menurut Evolyn, bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar atas usaha gigih mereka serta menyemai budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar sekolah.


Evolyn turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa atas sokongan mereka terhadap program sekolah.


“Kejayaan pelajar adalah hasil kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Komitmen anda telah membantu kami membentuk generasi pelajar yang lebih berdaya saing,” ujar beliau.

Comments


bottom of page