Malaysia, Australia perkukuh kerjasama perdagangan dan keselamatan menjelang ulang tahun Ke-70 hubungan diplomatik
4 DIsember 2024
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia terus menunjukkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik, termasuk pelaburan, perdagangan, keselamatan siber, dan maritim, menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun depan.
Komitmen ini dinyatakan dalam sesi kunjungan hormat oleh Menteri Luar Australia, Penny Wong, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Parlimen.
“Dalam pertemuan 30 minit itu, Penny turut menyatakan sokongan terhadap kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun hadapan,” menurut kenyataan rasmi.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Lawatan Penny ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka perjumpaan tahunan bersama menteri luar, sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara.
Comments