top of page
  • nabalunews

Malaysia Berharap ASEAN Manfaatkan Visi Bersama Untuk Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

21 September 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia berharap ASEAN akan mengukuhkan lagi pelaksanaan visi bersama yang memfokuskan kepada aspek ekonomi, perdagangan, pelaburan, serta mempererat kerjasama antara negara-negara jiran bagi memastikan rantau ASEAN kekal dinamik dan berdaya saing di peringkat global.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ASEAN merupakan salah satu subrantau paling aman di dunia, di samping memiliki ekonomi yang kukuh dan tahan uji. Beliau juga menekankan betapa pentingnya untuk terus membina kesepakatan bagi menghadapi cabaran global dan memanfaatkan potensi yang ada dalam kalangan negara anggota.


"Persediaan Malaysia untuk memeganguu jawatan pengerusi ASEAN tiba pada titik perubahan bagi pertumbuhan dan peluang.


“Kami akan memegang tanggungjawab besar untuk menilai semula Visi Komuniti ASEAN 2025 dan menetapkan aspirasi untuk 10 tahun akan datang," katanya dalam ucap tama pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-140 HSBC Malaysia di sini semalam.

コメント


bottom of page