top of page
nabalunews

Malaysia bersedia pimpin ASEAN dalam keselamatan siber, kukuhkan perlindungan infrastruktur kritikal



18 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada pada kedudukan kukuh untuk menerajui bidang keselamatan siber di peringkat serantau dan global, sejajar dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 

Menurut Anwar, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) memberikan sokongan penuh kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk memperkukuhkan perlindungan terhadap Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) dan memperkasa strategi keselamatan siber negara. 

 

"Petang tadi saya mendengar pembentangan terkait situasi keselamatan siber negara yang semakin mencabar dan kompleks, tatkala mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 2 Tahun 2024

 

"Mesyuarat turut bersetuju supaya NACSA menerajui Pusat Kriptografi Negara yang dimulakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan turut membuka ruang kepada penyelidik-penyelidik daripada universiti lain untuk turut terlibat.

 

"Pusat ini perlu inklusif dengan penglibatan pakar, intelektual dan sektor swasta yang mampu memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam teknologi kriptografi," kata Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook pada Selasa.," kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa. 

 

Dalam mesyuarat itu, Anwar turut dimaklumkan mengenai penyediaan Malaysia Cyber Security Strategy (2025-2030) serta penganjuran Cyber Defense and Security Exhibition and Conference (CYDES) 2025, yang diharapkan dapat mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju keselamatan siber di rantau ini. 

 

Anwar juga menekankan keperluan untuk menggubal undang-undang baharu berkaitan keselamatan siber, termasuk menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997dengan rang undang-undang jenayah siber yang lebih komprehensif. 

 

"Mesyuarat juga bersetuju supaya Malaysia menyertai Budapest Convention dan United Nation Convention Against Cybercrime bagi menunjukkan komitmen negara dalam menangani jenayah siber di peringkat domestik dan antarabangsa," tambah beliau. 

 

Sebagai langkah memperkasakan ekosistem keselamatan siber negara, Perdana Menteri turut menggariskan pentingnya kesinambungan antara sektor akademik, keperluan industri, dan keutamaan memelihara keselamatan siber negara. 

Comments


bottom of page