top of page
  • nabalunews

Malaysia dan Pakistan terokai peluang kerjasama ekonomi baharu

4 Oktober 2024


ISLAMABAD: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneroka peluang kerjasama ekonomi baharu dengan Pakistan melalui sesi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Pakistan, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh industri dari kedua-dua negara.


Lawatan ini dilihat sebagai langkah untuk memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan Pakistan serta menjana kerjasama dalam pelbagai sektor seperti halal dan industri beras.


"Sebanyak 67 syarikat serta tujuh persatuan perniagaan dari Malaysia dan Pakistan turut serta dalam sesi meja bulat ini," kata Anwar, sambil menambah bahawa kerjasama ini diharapkan dapat memberi manfaat ekonomi kepada kedua-dua negara.


Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan usaha berterusan yang menjayakan dialog tersebut.


Dalam rangka lawatan itu, Anwar juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di Istana Presiden.


"Pastinya ruang itu digunakan bagi merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan," ujar beliau.


Anwar juga menerima penghormatan tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan, sebagai pengiktirafan atas usaha beliau dalam memupuk hubungan dua hala yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Comentários


bottom of page