top of page

Malaysia dilantik Ahli Suruhanjaya Kependudukan dan Pembangunan 2026-3030

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


6 April 2025


PUTRAJAYA: Malaysia berjaya dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (CPD) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bersatu (ECOSOC) di New York, 4 April lalu.


Dalam kenyataan Kementerian Luar memaklumkan, penggal keahlian empat tahun Malaysia akan bermula pada Sesi ke-60 CPD pada 2026 dan berakhir pada Sesi ke-63 CPD pada 2030.


“Pelantikan ini mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap peranan aktif negara dalam meningkatkan usaha pelaksanaan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan.



“Ianya juga pengiktirafan terhadap komitmen berterusan negara untuk mengukuhkan dasar kependudukan demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia selaras dengan prinsip keterangkuman, kesaksamaan dan penghormatan ke atas hak asasi manusia,” katanya.


Menurutnya, selaras dengan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan semua pihak dalam menangani isu berkaitan populasi menerusi perkongsian pengalaman dan program bina upaya.


“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berperanan penting dalam memastikan penglibatan aktif Malaysia di CPD, khususnya dalam memajukan dasar-dasar berkaitan kesaksamaan gender, perancangan keluarga dan pembangunan sosial.


“CPD bertanggungjawab untuk menasihati ECOSOC mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penduduk dan pembangunan", katanya.


CPD adalah organ subsidiari kepada ECOSOC yang dianggotai 47 negara ahli yang dipilih oleh ECOSOC PBB untuk tempoh empat tahun.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page