Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa
17 Disember 2024
KUALA LUMPUR: Malaysia sedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah terbaik untuk mana-mana acara e-sukan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pembukaan perlawanan akhir Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M6 di Axiata Arena di sini pada Ahad.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan menggalakkan pasukan Malaysia untuk bangkit dengan lebih kuat dan bersaing sekali lagi pada kejohanan terbabit tahun hadapan.
Comments