top of page
nabalunews

Malaysia jadi hab strategik ASEAN untuk pasaran global – Ahmad Zahid





3 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus mengukuhkan peranannya sebagai hab strategik yang menghubungkan ASEAN kepada pasaran global, sekali gus menawarkan peluang besar untuk perniagaan yang ingin berkembang di rantau ini.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menekankan kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk ideal dengan lokasi strategik, infrastruktur kukuh, dan tenaga kerja mahir. 

 

“Bagi perusahaan China yang ingin memasuki rantau dinamik ini, Malaysia menawarkan pintu masuk yang ideal. Melalui rangka kerja seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Malaysia dan China telah memupuk kerjasama yang lebih mendalam dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan, dan pelaburan,” katanya semasa merasmikan majlis makan malam Gala Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di sini, malam tadi. 

 

Tambah Zahid, BRI membolehkan Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator utama dalam menghubungkan ASEAN, terutama dalam sektor tenaga hijau, ekonomi digital, dan pembangunan mampan.

 

“Visi bersama kita untuk masa depan termasuk mencipta pekerjaan, memacu inovasi, dan meningkatkan kesalinghubungan serantau sambil terus mengukuhkan peranan kita sebagai hab ASEAN,” jelasnya. 

 

Kommentare


bottom of page