top of page
nabalunews

Malaysia komited selesaikan isu Laut China Selatan secara diplomatik




23 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Malaysia terus berkomitmen untuk menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan melalui pendekatan aman dan diplomasi, selaras dengan usaha negara dalam mengekalkan kestabilan rantau ini.

 

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, menekankan pentingnya dialog melalui forum antarabangsa dan saluran diplomatik yang sesuai dalam menangani isu ini.

 

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, beliau turut mengumumkan bahawa Malaysia akan memainkan peranan penting sebagai koordinator hubungan dialog ASEAN-China pada tahun hadapan.

 

"Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC (Kod Tata Laku) yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

 

COC, yang sedang dirangka, bertujuan membentuk asas kerjasama untuk memastikan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, yang menjadi tumpuan dunia kerana tuntutan bertindih antara China dan beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

Comentários


bottom of page