top of page
nabalunews

Malaysia Manfaatkan Saluran Diplomatik Selesaikan Permasalahan - Fahmi

16 November 2024


PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa memanfaatkan saluran diplomatik bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan antara negara, selaras dengan prinsip yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar /Ibrahim dalam merungkai pelbagai permasalahan kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.


“Prinsip yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar adalah dalam semangat ASEAN untuk menyelesai merungkai masalah, kita akan manfaatkan dan menggunakan saluran diplomatik,” katanya seperti dilaporkan Bernama dalam sidang media di sini pada Jumaat.


Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah.


Beliau berkata Akta Zon Maritim Filipina (Philippine Maritime Zones Act) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Philippine Archipelagic Sea Lanes Act) yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 November lalu disahkan telah melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Bình luận


bottom of page