top of page

Malaysia Usaha Tarik Balik Amaran Perjalanan ke Sabah

nabalunews


20 Mac 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang mempergiatkan usaha untuk menarik balik amaran perjalanan ke Sabah yang dikeluarkan beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Switzerland, dan Jerman.


Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Sabah adalah selamat untuk dikunjungi selepas langkah keselamatan dipertingkatkan, termasuk penempatan pasukan bersenjata di kawasan berisiko tinggi, khususnya Semporna.


Katanya, perkara itu akan dibawa ke peringkat kabinet dan kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk mengadakan rundingan rasmi dengan negara-negara berkenaan.


“Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan terlibat bagi mengemas kini status keselamatan Sabah kepada Masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.


Menurutnya, amaran perjalanan tersebut memberi impak besar kepada minat pelancongan kerana pengembara dari negara-negara terbabit tidak akan menerima perlindungan insurans sekiranya berlaku sebarang insiden.


“Sehubungan itu, kita perlu mempergiatkan usaha untuk memastikan amaran ini ditarik balik, terutamanya kerana pantai dan pulau di Sabah merupakan tarikan utama bagi pelancong Eropah," katanya.


Tiong berkata amaran perjalanan itu dikeluarkan beberapa tahun lalu akibat isu lanun di Semporna.


“Namun, selepas kerajaan melaksanakan pelbagai langkah keselamatan, termasuk menempatkan pasukan keselamatan bersenjata di kawasan berisiko, kini Sabah, khususnya Semporna, adalah selamat untuk dikunjungi.


"Malah, ramai diplomat asing telah melawat kawasan tersebut bagi tujuan penilaian keselamatan,” katanya.

Σχόλια


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page