top of page
nabalunews

Mangsa banjir di tiga Kg Mukim Kelawat terima bantuan bakul makanan

17 Disember 2024


KOTA BELUD: Penduduk di tiga kampung yang terjejas banjir di Mukim Kelawat, menerima bantuan bakul makanan dalam satu program turun padang oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung terbabit, hari ini.


Bantuan bakul makanan itu diserahkan kepada penduduk Kampung Pangi, Kampung Pompod, dan Kampung Pahu.


Proses mengenal pasti mangsa banjir dilakukan oleh Pegawai Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Jolyhame Saran, yang bertindak sebagai perantara atau pemudah cara dengan kerjasama Pengerusi JKKK di setiap kampung yang terlibat banjir.


Bantuan di setiap kampung yang terjejas banjir diserahkan oleh Pengerusi JKKK kampung masing-masing.


Mereka yang terlibat menyampaikan bantuan adalah Pengerusi JKKK Kampung Pangi, Brandon Mossinggin, Pengerusi JKKK Kampung Pompod, Mainan Mutial, dan Pengerusi JKKK Kampung Pahu, Saidol Ginol.


Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Juin Kolod dan Jolyhame Saran, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

コメント


bottom of page