top of page

Mangsa kebakaran terima bantuan ihsan

nabalunews


16 Mac 2025


KUNDASANG: Beberapa peniaga gerai yang terlibat dalam insiden kebakaran di pekan daerah ini 13 Mac lalu menerima bantuan ihsan.


Insiden kebakaran Khamis lalu itu memusnahkan lapan premis, termasuk tiga kedai runcit dua inap desa, satu blok rumah sewa 11 pintu dan sebuah stor barang runcit.


Bantuan ihsan disampaikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, pada Sabtu.


Joachim berkata, bantuan berkenaan dihulurkan bagi meringankan beban peniaga yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.


Katanya, pihaknya menunggu laporan penuh kebakaran dari bahagian forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).


"Pejabat Daerah dan JBPM akan bermesyuarat pada minggu depan untuk tindakan selanjutnya.


"Kita berharap Majlis Daerah dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan semula premis yang terjejas, mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.


Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kundasang, Dounis Sani; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Kundasang, Suatin Mayor dan Presiden Persatuan Penjaja Gerai Sayur Kundasang, Mariana Taliban.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page