top of page

Mantan Pegawai Jabatan Pendidikan Sabah Sertai UPKO Kudat

nabalunews

4 Mac 2025


KUDAT : Mantan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Unit Bakat Murid), Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Sabah, Ruslan Madisal, mengambil langkah besar dalam arena politik dengan menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat. Keputusan ini diumumkan pada 3 Mac 2025, di mana Ruslan secara rasmi menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing.


Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Naib Ketua Bahagian UPKO Kudat, Mohd. Ashraf Chin Abdullah, yang juga Ketua Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapor. Selain itu, Ketua Penerangan Bahagian, Navine Lorin, dan Setiausaha Penganjur Bahagian, Paul Sakulok, turut memberikan sokongan terhadap langkah strategik ini.


Junsim dalam kenyataannya menjelaskan bahawa penyertaan Ruslan dalam UPKO bakal membuka lembaran baharu, khususnya di Pulau Banggi. Ini bukan sahaja memperkukuh UPKO Kudat, tetapi juga memberi impak kepada peringkat nasional.


"Kami sangat mengalu-alukan Ruslan dan berterima kasih atas kepercayaannya terhadap UPKO Kudat sebagai platform politik untuk membantu rakyat, terutama di Pulau Banggi," ujar Junsim.


Dengan pengalaman Ruslan dalam sektor pendidikan dan pembangunan murid, kepimpinan beliau dijangka membawa pembaharuan dalam usaha memperjuangkan hak serta keperluan masyarakat setempat.


Sebagai langkah pertama dalam UPKO, Ruslan dilantik sebagai Ketua CLC bagi kawasan DUN Banggi.


Peranan ini membolehkannya mengurus dan mentadbir UPKO di Pulau Banggi dengan lebih tersusun, selain menjadi jambatan antara parti dan masyarakat. Keputusan ini disifatkan sebagai satu strategi penting dalam memperkukuh kehadiran UPKO di kawasan pedalaman Sabah.


Penyertaan Ruslan ke dalam politik menerusi UPKO menandakan perubahan landskap politik di Kudat, khususnya dalam memperjuangkan hak dan pembangunan rakyat Pulau Banggi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page