Mathematic Fun Day anjuran SK Kaung tarik minat pelajar dalami mata pelajaran matematik
6 Januari 2025
KOTA BELUD: Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung telah mengadakan acara Mathematic Fun Day yang bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik baru-baru ini.
Seramai 60 orang murid dan 16 orang guru turut serta dalam acara yang penuh warna-warni ini.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk memeriahkan suasana, termasuk permainan matematik interaktif dan cabaran menyelesaikan masalah matematik secara berkumpulan.
Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid yang turut berpeluang menunjukkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah matematik dengan cara yang menyeronokkan.
Menurut Guru Besar SK Kaung, acara tersebut diadakan untuk menggalakkan murid agar melihat Matematik bukan hanya sebagai subjek yang sukar, tetapi sebagai subjek yang menarik dan menyeronokkan melalui pelbagai pendekatan kreatif.
Comments