top of page

MAXIS CAPAI 100 PERATUS SASARAN JENDELA 2020

nabalunews


21 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd hari ini mengumumkan pencapaian 100 peratus sasarannya bagi rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) merangkumi lebih 35 peratus daripada keseluruhan 16,367 tapak penaiktarafan industri.


Syarikat itu berkata ia telah membina lebih daripada 150 tapak baharu dan selesai menaik taraf lebih 5,500 tapak di pusat pasaran utama di seluruh negara dalam usahanya mengukuhkan liputan rangkaian (4G).


“Pada masa yang sama, Maxis terus meraih momentum dalam perkembangan fiber dengan lebih 6,500 premis diluluskan pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Gokhan Ogut, visi syarikat adalah untuk membina rangkaian terunggul bagi negara sejajar dengan tujuan syarikat tersebut untuk menyediakan teknologi terbaik yang membolehkan rakyat Malaysia terus menerajui dunia yang berubah.


"Kami terus melabur dengan lebih ketara dalam rangkaian kami untuk menyokong gaya hidup digital setiap orang yang semakin canggih," katanya.


Sementara itu, Maxis berkata ia akan tetap fokus mengoptimumkan rangkaiannya dalam persediaan menghadapi peningkatan aliran trafik pada 2021 dan akan mempercepatkan peningkatkan liputan 4G ke kawasan luar bandar dan terpencil.


“Maxis akan melancarkan gentian di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor dengan menumpukan pada kawasan luar bandar dan terpencil sambil bekerjasama dengan penyedia akses untuk menghubungkan lebih banyak premis di negara ini,” katanya.


Menurut kenyataan itu, perkongsian Maxis dan Huawei berkembang baik dalam inisiatif TechCity di Kuala Lumpur dengan menumpukan peningkatan kapasiti 4G dan pengalaman pengguna, membolehkan penggunaan 5G yang cepat, serta mencapai optimum sumber rangkaian. - Bernama


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page