Mayat Bayi Ditemui Dalam Kotak
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

16 April 2025
LAHAD DATU: Satu mayat bayi ditemui dalam keadaan berbalut kain di dalam kotak yang ditinggalkan di sebuah gerai di Batu 13, Jalan Jeroco, di sini, semalam.
Bayi lelaki cukup sifat itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu bertanggungjawab berhubung kes pembuangan bayi terbabit.
Katanya, bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui orang awam dan dipercayai sudah meninggal dunia.
"Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat.
Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan.
“Maklumat boleh disalurkan dengan pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau tampil mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
Comentarios