Mayat ditemui ditepi jeti
18 Januari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN - Orang ramai yang berada di Pasar Umum Sandakan digemparkan dengan satu penemuan mayat lelaki pada malam semalam (Jumaat).
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, menerusi satu kenyataan di Sandakan hari ini (Sabtu) berkata, pihak Polis menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 9.30 malam semalam yang memberitahu penemuan mayat seorang lelaki di tepi Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Jelasnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaki tanpa baju dan berseluar jeans paras lutut itu ditemui terapung di permukaan air di tepi jeti tempat pemunggahan ikan dekat pasar itu.
Tambahnya, si mati berumur 35 tahun,warganegara asing dan bekerja sebagai buruh kasar di Jeti Pasar Ikan berkenaan.
Katanya, mayat si mati juga telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk di bedah siasat yang dijalankan pada jam 11.00 pagi tadi.
Manakala hasil siasatan awal Polis mendapati tiada unsur jenayah dan khianat dan kes diklasifikasikan dan disiasat sebagai laporan mati mengejut.
Comments