top of page

Mayat nelayan ditemui terapung berhampiran Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan 

nabalunews



26 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN: Beberapa pengusaha bot nelayan di Jeti Pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan, terkejut selepas menemukan satu mayat lelaki terapung, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, orang awam terus menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan segera.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K. Ramasamy berkata, susulan daripada maklumat awam, sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian.


Katanya, siasatan di lokasi mengesahkan terdapat mayat lelaki terapung di permukaan air, di tepi jeti tempat pemunggahan ikan.


“Siasatan mendapati mangsa adalah lelaki warga asing berusia 28 tahun yang bekerja sebagai nelayan.


"Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dikesan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Ramasamy berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.


Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk proses bedah siasat.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page